Utama

Bengkel Pemantapan Profesionalisme Pegawai-Pegawai Pendidikan Islam Tahun 2013

SPI menganjurkan bengkel ini pada 20 Mei 2013, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di BTPN, Pokok Sena. Peserta bengkel ini terdiri daripada 31 orang pegawai Pendidikan Islam di JPN dan PPD. Penceramah jemputan ialah En. Kanagarajan A/L Maruthan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Pulau Pinang. Beliau akan menyampaikan ceramah dan membimbing para peserta berkaitan SKPM 2010 : Standard 4 : Pembelajaran dan Pengajaran. Semoga hasil bengkel ini akan memberi pencerahan kepada semua peserta berkaitan perkara tersebut dan akan mempertingkat kualiti dan prestasi kerja yang diamanahkan.

Last Updated on Saturday, 18 May 2013 16:06

 

Bengkel Rumusan Kajian Pelaksanaan Model-Model j-QAF Dan Bengkel Kajian Pelaksanaan Program j-QAF di SJKC

Kedua-dua bengkel ini telah diadakan pada 17 Mei 2013, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di BTPN, Pokok Sena. Peserta bengkel ini terdiri daripada 8 orang guru SK dan 5 orang guru SJKC. Tujuan dilaksanakan bengkel ini ialah untuk menjalankan kajian dan seterusnya menganalisis hasil kajian pelaksanaan program j-QAF di SK dan SJKC. Bengkel ini dikendalikan oleh Ustaz Azmi Bin Abdul Hamid, Penolong Pengarah j-QAF. Semoga dengan adanya hasil kajian ini, pelaksanaan program j-QAF dapat dipertingkatkan di setiap sekolah.

Last Updated on Friday, 17 May 2013 15:29

 

Bengkel Pemurnian Bahan bagi Program Kem Bina Juara (KBJ) Tahun 2013

Bengkel ini telah diadakan pada 17 Mei 2013, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di BTPN, Pokok Sena. Bengkel ini bertujuan untuk memurnikan bahan bagi program KBJ. Bengkel ini hanya melibatkan 10 orang guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing seperti Bahasa Arab, Khat dan Tarannum. Bengkel ini dikendalikan oleh Ustaz Azmi Bin Abdul Hamid, Penolong Pengarah j-QAF dan dibantu oleh Pegawai j-QAF setiap PPD. Kerjasama semua amat dihargai.

Last Updated on Friday, 17 May 2013 14:57

 

Program Peningkatan Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Daerah Timur Laut,Tengah Dan Selatan Tahun 2013

Program Peningkatan Profesionalisme Guru Pendidikan Islam ini akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

PPD

TARIKH

TEMPAT

MASA

Tengah

16 Mei 2013

SMK Permatang Pasir

2.00 – 5.00 petang

Timur Laut

21 Mei 2013

Dewan SK (P) Island

Selatan

22 Mei 2013

PPD Selatan

Program ini akan melibatkan semua guru Pendidikan Islam kecuali Guru Kemahiran Al-Quran dan guru yang mengajar sesi petang. Surat edaran akan dihantar bersama senarai nama. Jika terdapat keciciran, sila maklumkan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Yusoff Bin Bahari ditalian 0164655916

Last Updated on Friday, 17 May 2013 15:02

 

Teks KhutbahJumaat Khas Hari Guru Tahun 2013

Teks Khutbah Jumaat Sempena Hari Guru Tahun 2013. Sila klik di sini untuk muat turun bahan tersebut. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Rozali Bin Mohamad di talian 0195637313.

Last Updated on Tuesday, 14 May 2013 12:01

 

Imtihan Tamkinul Lughah Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa SPI akan mengadakan Imtihan Tamkinul Lughah Peringkat Negeri Pulau Pinang. Program ini akan diadakan pada 15 Mei 2013, jam 2.00 hingga 5.00 petang. Program ini akan dilaksanakan serentak di dua lokasi iaitu di SMA Ahmadiah Al-Ijtimaiah, Bukit Mertajam (Peserta dari Utara, Timur Laut dan Barat Daya) dan Bilik Seminar, PPD Selatan (peserta dari Tengah dan Selatan). Peserta yang terlibat dalam program ini terdiri daripada semua guru yang mengajar Bahasa Arab termasuk yang beropsyen Bahasa Arab tetapi tidak mengajar Bahasa Arab. Surat jemputan bersama senarai nama peserta telah dihantar ke sekolah. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Yusof Bin Yaacob ditalian 0125444781. Kerjasama semua amat dihargai bagi menjayakan program ini.

Last Updated on Friday, 10 May 2013 13:07

 

Ucapan Selamat Hari Guru 2013

Warga Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran P.Pinang ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di P.Pinang khususnya. Semoga jasa bakti para guru akan dibalas setimpal oleh Allah swt , dikenang jasa oleh para pelajar dan masyarakat. Kerana jasa merekalah kita semua mengenal ilmu pengetahuan. Sempena dengan itu Jabatan Penyiaran Negeri P.Pinang (Mutiara Fm)  bekerjasama dengan SPI akan menyiarkan ceramah Agama khas Hari Guru pada 16 Mei 2013 dan disambung pada 18 Mei 2013 pada pukul 2.30 petang. Khutbah Jumaat sempena hari Guru juga boleh dimuat turun melalui portal ini di ruangan muat turun. Harap maklum.

Last Updated on Wednesday, 15 May 2013 23:22

 

Daurah Mursyid Peringkat Negeri Pulau Pinang Siri 2 Tahun 2013

Daurah Mursyid Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2013 akan diadakan pada 18 Mei 2013, jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Bilik Seminar, PPD Utara. Program ini akan melbatkan 70 orang Guru Mursyid. Semoga program ini akan dapat berjalan dengan lancar dan memberi kebaikan untuk semua. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Rozali Bin Mohamad di talian 0195637313.

Last Updated on Tuesday, 14 May 2013 11:57

 

Kem Literasi Al-Quran (KLAQ) Tahun 2013

Kem Literasi Al-Quran (KLAQ) Siri 1 bagi tahun 2013 yang melibatkan peserta dari sekolah rendah akan diadakan serentak mengikut daerah pada 13 - 16 Mei 2013 dari jam 8.00 pagi - 1.00 petang. KLAQ ini akan dikendalikan oleh pegawai j-QAF PPD masing-masing dan dibantu oleh fasilitator-fasilitator yang telah dilantik. Berikut lokasi pelaksanaan KLAQ :

  • PPD Utara          - SK Pokok Sena
  • PPD Tengah       - SK Taman Impian
  • PPD Selatan       - SK Bakap Indah
  • PPD Timur Laut  - Pusat Kecemerlangan Sukan Westlands
  • PPD Barat Daya  - Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau

KLAQ ini bertujuan untuk membantu meningkatkan tahap penguasaan murid-murid yang masih di peringkat bacaan Iqra'. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai j-QAF PPD masing-masing. Keprihatinan dan komitmen semua dalam menjayakan program ini amat dihargai.

Last Updated on Sunday, 12 May 2013 13:35

 

Page 1 of 16

Galeri Foto

Info Hadis

Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim

Daftar Masuk

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday39
mod_vvisit_counterYesterday121
mod_vvisit_counterThis week39
mod_vvisit_counterLast week1263
mod_vvisit_counterThis month3765
mod_vvisit_counterLast month4504
mod_vvisit_counterAll days76164

Online (20 minutes ago): 1
IP Anda : 54.234.67.55
,
Today: May 19, 2013

Firman Allah :

Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, "Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya jualah kita kembali". Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk.

(Surah Al-Baqarah 2: 155-157)