In order to view this page you need Flash Player 9+ support!
Mesyuarat Penyelaran UPPI Bil.2/2013 telah diadakan pada 29 April 2013, mulai jam 8.30am hingga 5.00pm bertempat di PKG Gelugor. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ustaz Azmi Bin Abdul Hamid, selaku Ketua Unit UPPI. Antara agenda utama mesyuarat ialah penyelarasan aktiviti yang akan dijalankan bagi bulan Mei hingga Jun. Senarai aktiviti yang akan dijalankan boleh dirujuk di dalam Takwim Aktiviti mengikut bulan. Pihak UPPI amat berharap setiap program yang dirancang akan dapat dilaksanakan dan memberi kesan positif kepada guru dan murid.
Last Updated on Tuesday, 30 April 2013 18:15
SPI akan mengadakan Kem Celik Al-Quran bagi Daerah Barat Daya dan Timur Laut pada 25 April 2013 hingga 27 April 2013. Kem ini akan diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Westlands (PKSW). Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan bacaan Al-Quran para pelajar. Seramai 80 orang pelajar dari beberapa sekolah akan terlibat dalam kem ini. Para pelajar yang terlibat serta guru-guru yang dilantik sebagai fasilitator diharap dapat menghadirkan diri mengikut ketetapan yang ditetapkan. Semoga kem ini akan berjaya dan meningkatkan prestasi penguasaan bacaan Al-Quran para peserta. Seterusnya, dapat melahirkan generasi muda yang cintakan Al-Quran. Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Yusoff Bin Bahari, PP Pendidikan Islam Teras Menegah ditalian 0164655916
Last Updated on Monday, 22 April 2013 19:21
Kursus Peningkatan Kemahiran ICT akan diadakan 22-23 April 2013, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di BTPN, Pokok Sena. Kursus ini melibatkan 40 orang peserta yang terdiri daripada semua pegawai SPI dan PPD (Pendidikan Islam). Fasilitator kursus ini ialah Ustaz Harun Bin Md Ali dari SK Kebun Sireh dan Ustaz Rasyiddin Bin Mohd dari SK Bertam Indah. Tujuan pelaksanaan kursus ini ialah untuk meningkat dan memantapkan lagi kemahiran penggunaan ICT para peserta. Semoha hasil kursus ini akan dapat meningkatkan lagi prestasi para peserta dalam melaksanakan tanggungjawab dan seterusnya memantapkan lagi pengurusan SPI.
Last Updated on Thursday, 02 May 2013 11:02
Bengkel ini telah diadakan pada 17 April 2013, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di PKG Penanti. Bengkel ini adalah kesinambungan daripada Bengkel Pembinaan RPT dan JSI yang tela diadakan pada 11 April 2013. Pelaksanaan bengkel ini bertujuan untuk membantu dan memudahkan guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF membina RPT dan JSI. Ini merujuk kepada surat siaran dari Bahagian Pendidikan Islam KPM 2013 yang menyentuh pembahagian 3 waktu Al-Quran, 2 waktu Ulum Syariah dan 1 waktu Jawi. Bengkel ini dikendalikan oleh Ustaz Mohd Rozee Bin Abdul Razak, PP Pendidikan Islam Teras Rendah. Peserta bengkel ini terdiri daripada 50 orang guru termasuk JU Pendidikan Islam. Semoga hasil pembinaan RPT dan JSI ini akan dapat membantu guru menjalankan PdP dengan lebih mantap dan berkesan demi memartabatkan Pendidikan Islam di Pulau Pinang.
Last Updated on Wednesday, 24 April 2013 10:26
Mahrajan Sanawi Peringkat Negeri Pulau Pinang yang julung kalinya diadakan serentak meggabungkan tiga aktiviti iaitu Majlis Tilawah Al-Quran (MTQSS), Festival Nasyid (FNSS) dan Majlis Ihtifal (MISS) telah berjaya dilangsungkan pada 10 April 2013 bermula jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang. Majlis Penutupan MTQSS dan FNSS telah dilaksanakan di Dewan Besar SMK Permatang Pasir yang dirasmikan oleh Ustaz Shuib Bin Zainuddin @Zainordin, Ketua Sektor Pendidikan Islam. Manakala Majlis Penutupan MISS diadakan di Dewan SMK Sama Gagah dan telah dirasmikan oleh Ustaz Abdul Razak Bin Othman, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam. Johan Keseluruhan MTQSS disandang oleh PPD Selatan. Johan Keseluruhan MISS telah dibahagikan kepada tiga kategori. Johan keseluruhan SMKA disandang oleh SMKA Al-Irshad, Johan Keseluruhan SABK disandang oleh SABK Daeratul Maarifil Wataniah 1 dan Johan Keseluruhan KAA pula disandang oleh SMK Permatang Pasir. Manakala Johan Nasyid (lelaki) disandang oleh SM Islam Al-Masriyah (Sekolah Menengah) dan SK Genting (Sekolah Rendah). Manakala Johan Nasyid (perempuan) disandang oleh SMK Permatang Tok Jaya (Menengah) dan SK Titi Teras (Rendah). Syabas dan tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah menjayakan Maharajan pada tahun ini. SPI juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam melaksanakan program ini.
Last Updated on Tuesday, 16 April 2013 09:30
SPI telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan SPI Bil.2/2013 pada 5 April 2013, mulai jam 9.00am hingga 5.00pm bertempat di Bilik Gerakan, JP Pulau Pinang. Antara agenda utama mesyuarat ialah post mortem keputusan peperiksaan SPM tahun 2012, pemantauan sekolah dan perancangan aktiviti setiap unit bagi bulan April 2013. Semoga hasil perbincangan akan dapat meningkatkan lagi pengurusan SPI dan memberi impak yang positif untuk peningkatan prestasi akademik dan sahsiah pelajar serta meningkatkan profesionalisme guru di sekolah.
Last Updated on Thursday, 02 May 2013 10:37
SPI akan mengadakan Kursus Pemantapan Pengkaedahan Penulisan Jawi Baru pada 19 April 2013, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Dewan Kuliah B, Blok Akademik Baru, IPGK Pulau Pinang. Peserta untuk kursus ini terdiri daripada Ketua Panitia atau wakil GPI setiap sekolah menengah di Pulau Pinang (Surat telah diedar). Penceramah jemputan ialah Ustaz Mohd Isa Bin Hamid, dari Baling, Kedah. Tujuan pelaksanaan kursus ini adalah untuk memantapkan lagi kemahiran penulisan jawi baru para peserta. Semoga ilmu yang diperolehi ini akan dapat diaplikasi di sekolah untuk meningkat kemahiran dan penguasaan penulisan jawi para pelajar. Kursus ini dikendalikan oleh Ustaz Yusoof Bin Bahari, PP Pendidikan Islam Menengah. Semua peserta yang terlibat diharapkan dapat menghadirkan diri.
Last Updated on Wednesday, 17 April 2013 16:34
Taklimat Peluasan Program j-QAF Tahun 2013 telah diadakan mengikut zon. Zon Seberang Perai telah diadakan pada 15 April 2013 di PPD Utara dan Zon Pulau pula di Bilik Gerakan, JP Pulau Pinang pada jam 2.00 hingga 5.00 petang. Peserta taklimat ini terdiri daripada 190 orang guru yang merupakan penyelaras j-QAF di sekolah masing-masing. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan peluasan program j-QAF kepada semua sekolah dan murid serta perubahan-perubahan pelaksanaan model-model j-QAF mulai tahun ini. Di samping itu, para peserta juga berpeluang untuk mengemukakan isu-isu yang timbul di sekolah masing-masing. Semoga pelaksanaan program j-QAF dapat berjalan dengan lancar dan berkesan di setiap sekolah dan memberi impak yang positif kepada murid-murid.
Last Updated on Wednesday, 17 April 2013 11:16


Kursus Pengkaedahan Iqra' Guru j-QAF Pulau Pinang telah berjaya dilaksanakan pada 13 April 2013, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Dewan Seameo Recsam, Pulau Pinang. Kursus ini adalah kerjasama dengan Syarikat Darul Fikir. Tiga orang penceramah jemputan dari Darul Fikir iaitu Ustaz Mohd Mukri Bin Haji Abdullah, Ustaz Dr. Muhammad Furqan bin Muhammad Jamil Rifani dan Ustazah Mahya Binti Mahmud. Ustaz zmKursus ini telah dihadiri oleh 220 orang peserta yang merupakan guru j-QAF Ambilan 2008 dan 2009. Pegawai yang bertanggungjawab ialah Ustaz Azmi Bin Abdul Hamid, PP j-QAF. Dalam kursus ini, para peserta telah diberi pendedahan berkaitan kaedah membaca dan mengajar Iqra' dengan betul dan berkesan. Kursus ini amat bermanfaat untuk semua peserta untuk meningkatkan kemahiran diri dalam bidang Al-Quran dan diaplikasikan dalam bilik darjah untuk murid-murid.
Last Updated on Wednesday, 17 April 2013 16:40
Page 3 of 16
Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim
Firman Allah :
Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, "Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya jualah kita kembali". Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk.
(Surah Al-Baqarah 2: 155-157)