Utama

Mesyuarat Pengurusan Sektor Pendidikan Islam Bil.2/2013

SPI telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan SPI Bil.2/2013 pada 5 April 2013, mulai jam 9.00am hingga 5.00pm bertempat di Bilik Gerakan, JP Pulau Pinang. Antara agenda utama mesyuarat ialah post mortem keputusan peperiksaan SPM tahun 2012, pemantauan sekolah dan perancangan aktiviti setiap unit bagi bulan April 2013. Semoga hasil perbincangan akan dapat meningkatkan lagi pengurusan SPI dan memberi impak yang positif untuk peningkatan prestasi akademik dan sahsiah pelajar serta meningkatkan profesionalisme guru di sekolah.

Last Updated on Thursday, 02 May 2013 10:37

 

Mahrajan Sanawi Pendidikan Islam Sekolah-Sekolah Tahun 2013

Sektor Pendidikan Islam (SPI) akan menganjurkan Mahrajan Sanawi Pendidikan Islam Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi Tahun 2013. Program ini akan menggabungkan tiga aktiviti yang akan dilangsungkan serentak iaitu Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS), Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah (MISS) dan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah (FNSS) pada 10 April 2013. Pengurus projek bagi MTQSS ialah Ustaz Mat Hanipah Bin Mat Zain. Acara-acara MTQSS sekolah rendah akan diadakan di SK Pematang Pasir dan acara sekolah menengah pula akan diadakan di SMK Permatang Pasir.  Pengurus projek bagi acara MISS ialah Ustaz Rosli Bin Othman dan acara-acara MISS akan dijalankan di SMK Sama Gagah. Manakala pengurus projek bagi FNSS ialah Ustaz Al-Rizuady Bin Abdul Rahman. Acara nasyid sekolah rendah dan menengah akan diadakan di SMK Permatang Pasir. Acara Nasyid kategori lelaki akan diadakan di Dewan Besar dan kategori perempuan pula akan diadakan di Dewan Asrama.

Last Updated on Monday, 08 April 2013 17:16

Read more...

 

Bengkel Pembinaan Modul Latih Tubi Pendidikan Islam PMR Dan SPM Tahun 2013

Bengkel ini telah diadakan pada 4 April 2013 bertempat di PKG Penanti dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bengkel ini melibatkan 30 orang tenaga guru Pendidikan Islam. Bengkel ini dikendalikan oleh Ustaz Yusoff Bin Bahari, Penolong Pengarah Pendidikan Islam Teras Menengah. Bengkel ini bertujuan untuk menghasilkan modul latih tubi Pendidikan Islam PMR dan SPM untuk kegunaan para pelajar. Semoga dengan terhasilnya modul-modul ini, akan dapat membantu para pelajar untuk meningkatkan pencapaian mereka dalam PMR dan SPM kelak. Kerjasama guru-guru yang terlibat dalam menghasilkan modul-modui ini amat dihargai.

Last Updated on Thursday, 04 April 2013 13:52

 

Panduan Pengurusan Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah

Perhatian kepada Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah,

Adalah dimaklumkan bahawa Sektor Pendidikan Islam telah memuat turun Panduan Pengurusan Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah. Panduan ini dapat dijadikan sebagai rujukan dalam melaksanakan pengurusan panitia yang lebih baik dan berkesan. Sila klik di sini untuk memuat turun bahan tersebut. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Yusoff Bin Bahari ditalian 04-652 1060. Sekian, terima kasih.

 

Last Updated on Tuesday, 19 March 2013 14:39

 

Syarat Pertandingan MISS Peringkat Negeri Tahun 2013

Sektor Pendidikan Islam akan mengadakan Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri pada tahun 2013. Sehubungan itu, pihak sekolah boleh muat turun Syarat Pertandingan MISS Tahun 2013 bagi pertandingan Kalimatus Sobah dan Hiwar. Slia klik di sini. Sekian, terima kasih.

Last Updated on Monday, 18 March 2013 16:37

 

Taklimat Pengurusan Panitia Pendidikan Islam Menengah

Taklimat Pengurusan Panitia Pendidikan Islam Menengah akan diadakan mengikut zon. Taklimat ini bertujuan untuk memantapkan lagi pengurusan panitia Pendidikan Islam di sekolah. Zon Seberang Perai akan diadakan pada 25 Februari 2013, bertempat di BTPN Pokok Sena. Zon Pulau pula akan diadakan pada 26 Februari 2013 di Bilik Gerakan, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang. Taklimat tersebut akan dijalankan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Semua Ketua Panitia Pendidikan Islam dijemput hadir mengikut zon yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Azhari Bin Ahmad ditalian 019 560 8554. Bahan-bahan taklimat boleh dimuat turun di sini.

Last Updated on Monday, 25 February 2013 13:06

 

Perpindahan Staf

Sektor Pendidikan Islam merakamkan ucapan  penghaargaan dan selamat berpisah kepada Puan Nurul Izzani Binti Khauruddin, Pembantu Tadbir SPI yang telah bertukar ke SMKA Sik, Kedah yang berkuatkuasa mulai 1 April 2013. Semoga beliau akan dapat melaksanakan khidmat bakti dengan lebih cemerlang di tempat baharu.

Last Updated on Wednesday, 17 April 2013 17:37

 

Ujian Tilawah & Hafazan (UTH) PMR Tahun 2013

User Rating: / 1
PoorBest 

Perhatian kepada semua Sekolah Menengah,

Guru-guru Pendidikan Islam boleh muat turun Bahan Ujian Tilawah dan Hafazan (UTH) PMR Tahun 2013 untuk panduan pelajar Tingkatan 3 yang bakal menduduki PMR tahun ini. Semoga para pelajar dapat membuat persediaan dari sekarang. Sila klik di sini untuk muat turun bahan.

Last Updated on Thursday, 02 May 2013 15:25

 

Multaqa Guru Pendidikan Islam Zon Utara

Program Multaqa Guru Pendidikan Islam Zon Utara bersama YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah berjaya diadakan pada hari Sabtu 9 Mac 2013 bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra USM P.Pinang. Seramai 2300 Guru Pendidikan Islam dari negeri P.Pinang, Perak, Kedah dan Perlis telah berkumpul untuk sama-sama menjayakan program tersebut.Sektor Pendidikan Islam JPNPP diamanahkan sebagai Urusetia untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar. Foto sekitar program sila klik di sini.

Last Updated on Monday, 18 March 2013 17:55

 

Page 4 of 17

Galeri Foto

Info Hadis

Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim

Daftar Masuk

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday34
mod_vvisit_counterYesterday124
mod_vvisit_counterThis week749
mod_vvisit_counterLast week1263
mod_vvisit_counterThis month4475
mod_vvisit_counterLast month4504
mod_vvisit_counterAll days76874

Online (20 minutes ago): 1
IP Anda : 184.72.184.104
,
Today: May 24, 2013

Firman Allah :

Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, "Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya jualah kita kembali". Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk.

(Surah Al-Baqarah 2: 155-157)