In order to view this page you need Flash Player 9+ support!
Perhatian kepada semua sekolah,
Terdapat maklumat tambahan berkaitan Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-Sekolah ke 39 pada tahun ini. Maklumat tambahan tersebut ialah Panduan Soalan Spontan Bercerita MTQSS (klik di sini) dan Borang Penghakiman Bercerita MTQSS (klik di sini) . Maklumat keberkenaan boleh juga dicapai melalui laman web BPI (www.bpi.edu.my). Semoga maklumat ini dapat memberi panduan kepada semua yang akan menyertai pertandingan ini.
Last Updated on Friday, 15 February 2013 17:31

Majlis menandatangani MoU Pendaftaran SMA Al Maahadul Islami Tasek Junjung sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang berlangsung pada 14 Feb. 2013 di Kementerian Pelajaran Malaysia Putrajaya. Dengan rasminya majlis tersebut, SMA Al Maahadul Islami telah tersenarai sebagai SABK yang ke-12 di negeri P.Pinang. Tahniah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Lembaga Pengurusan Sekolah, guru-guru dan pelajar semua. Semoga dengan penyertaan ini akan memartabatkan lagi sekolah-sekolah agama di negeri P.Pinang
Last Updated on Wednesday, 06 March 2013 10:03
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2013M/1434H dengan tema “ Al Quran Penjana Wasatiyyah Ummah ”. Maklumat lanjut berkaitan dengan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dimuat turun dipautan ini.
Last Updated on Friday, 15 February 2013 16:54

Sektor Pendidikan Islam mengucapkan tahniah dan selamat berpisah kepada puan Uzaida Bt Baharom Ketua Pembantu Tadbir SPI yang telah berpindah tugas ke Sekolah Kebangsaan Convent Green Lane. Semoga dapat meneruskan khidmat dengan cemerlang di tempat yang baru.
Last Updated on Thursday, 31 January 2013 11:33
Sektor Pendidikan Islam sedang mengemaskini maklumat asas sekolah berkaitan Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, Enrolmen Murid dan Bilangan Kelas Pendidikan Islam bagi tahun 2013. Sehubungan itu, guru yang mengurus Data Guru Pendidikan Islam diminta mengisi maklumat berkenaan di dalam Borang Data Maklumat 2013 yang disediakan (Klik di sini). Sila hantar borang yang telah lengkap diisi ke alamat email This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it selewat-lewatnya pada 15 Januari 2013. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustazah Zainab Binti Ahmad di talian 04-652 1061.
Sekian, terima kasih.
Last Updated on Friday, 04 January 2013 12:28
Jabatan Pelajaran Pulau Pinang khususnya Sektor Pendidikan Islam ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar PMR 2012 yang telah menerima keputusan peperiksaan pada 19 Disember 2012. Semoga dapat menaikkan lagi semangat belajar, menggembirakan hati kedua ibu bapa, guru-guru dan menaikkan imej Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi sesiapa yang berminat dengan permohonan ke tingkatan 4 SMKA/KAA negeri P.Pinang, bolehlah memuat turun borang di sini.
Last Updated on Wednesday, 19 December 2012 17:03
Warga pendidikan Pulau Pinang mengucapkan takziah ke atas keluarga Almarhumah Ustazah Haslina Binti Hussain dari SK Sungai Bakap yang telah kembali ke rahmatullah pada 20 Januari 2013, jam 7.15 pagi. Jenazah almarhumah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Permatang Rambai pada pukul 3.00 petang. Semoga Allah sentiasa merahmati almarhumah. Al-Fatihah.
Last Updated on Friday, 05 April 2013 09:14
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia akan menganjurkan Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan kali ke-39 Tahun 2013/1434H.
Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Lampiran Takwim Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia kali ke-39 Tahun 2013/1434H dan Senarai Ayat Tilawah al-Quran, Surah Hafazan dan Tajuk Bercerita Kisah Al-Quran. Bahan-bahan berkenaan boleh juga dicapai melalui laman web BPI (www.bpi.edu.my) atau klik [Bahan MTQSS 39].
Kami amat-amat berbesar hati sekiranya pelaksanaan Majlis Tadarus Al-Quran di peringkat sekolah, daerah dan negeri dapat dilaksanakan mengikut takwim yang dilampirkan.
Semoga pelaksanaan MTQSS ke-39 pada tahun 2013 ini akan lebih memberikan impak kepada para pelajar dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang yang berkaitan.
Last Updated on Friday, 04 January 2013 12:29
Sektor Pendidikan Islam JPNPP ingin mengucapkan selamat tahun baru masihi 2013 kepada semua warga pendidikan negeri P.Pinang dan selamat memulakan alam persekolahan bagi tahun 2013. Semoga dengan kehadiran tahun 2013 akan meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan sebagai warga pendidikan demi memartabatkan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang di persada antarabangsa.
Last Updated on Thursday, 03 January 2013 11:51
Page 5 of 17
Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim
Firman Allah :
Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, "Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya jualah kita kembali". Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk.
(Surah Al-Baqarah 2: 155-157)