Utama

Majlis Perasmian Penutupan NKISMK Peringkat Kebangsaan

User Rating: / 10
PoorBest 

Alhamdulillah Majlis Perasmian Penutupan Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Peringkat Kebangsaan Kali ke 9 2012 telah selamat disempurnakan oleh Timbalan Pengarah BPI Alfadhil Ustaz Wan Ramdzan bin Wan Mamat yang mewakili Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 6 Sept 2012 bertempat di Dewan Kem PLKN White Resort. Turut sama mengiringi beliau adalah Timbalan Pengarah Pelajaran P.Pinang Dr. Sharifah Bee bt Aboo Bakar, KS SPI, para pegawai BPI dan JPN serta PPD. Tahniah kepada semua peserta,tetamu dan urusetia yang telah menjayakan nadwah pada tahun ini.

Last Updated on Monday, 10 September 2012 17:33

 

Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2012

User Rating: / 20
PoorBest 

 

Selamat datang diucapkan kepada semua kontinjen dari seluruh negara ke negeri P.Pinang yang akan menjadi tuan rumah Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan kali ke-9 pada 3 hingga 6 September 2012. Para peserta akan bernadwah dan berkampung di Kem PLKN White Resort Balik Pulau.

Last Updated on Monday, 10 September 2012 17:31

 

Mesyuarat JK Kecil Ihtifal j-QAF Peringkat Negeri Tahun 2012

Mesyuarat JK kecil Ihtifal j-QAF akan diadakan pada 30 Ogos 2012, jam 2.00 pm hingga 5.00 pm bertempat di SK Bandar Tasek Mutiara. Sehubungan itu, guru-guru yang telah dilantik sebagai jk dijemput hadir. Sebarang pertanyaan, sila hubungi ustaz Azmi bin Abdul Hamid.

Last Updated on Wednesday, 29 August 2012 10:14

 

Program Ceramah Akhir Ramadhan & Khatam Al-Quran

User Rating: / 1
PoorBest 

Program Ceramah Akhir Ramadhan dan Khatam Al-Quran peringkat Jabatan Pelajaran Pulau Pinang akan diadakan pada 16 Ogos 2012 bersama 27 Ramadhan 1433H, 2.30 hingga 4.30 petang bertempat di Serambi Mutiara JPN. Antara agenda program ini ialah Ceramah Integriti Ramadhan dan Aidilfitri yang akan disampaikan oleh Tn Hj Rosli Bin Othman (Ahli Majlis Fatwa Negeri P.Pinang) dan diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran oleh warga JPN. Seramai 15 peserta  akan memperdengar bacaan ayat-ayat Al-Quran dalam majlis tersebut. Tuan Hj Ahmad Tarmizi Bin Kamaruddin, Pengarah JPN akan menyampaikan 'Amanat Aidilfitri' untuk semua yang hadir bagi menyerikan lagi program ini. Semoga program ini akan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Last Updated on Thursday, 16 August 2012 09:59

 

Persaraan Ustaz Al Hami Husain Bin Suhaimi

User Rating: / 1
PoorBest 

Sektor Pendidikan Islam telah kehilangan seorang lagi pegawai yang telah lama berkhidmat dan banyak berjasa dalam memartabatkan Pendidikan Islam di Pulau Pinang. SPI dan seluruh warga pendidikan negeri Pulau Pinang mengucapkan selamat bersara dan berpisah kepada Al-fadhil Ustaz Al Hami Husain Bin Suhaimi mulai 1 Ogos 2012. Jawatan terakhir beliau di SPI ialah Ketua Unit Pengurusan pendidikan Islam. Ucapan penghargaan yang tidak ternilai kepada beliau yang telah banyak memberi sumbangan dalam pekhidmatan di SPI. Majlis berbuka puasa telah diadakan bagi meraikan persaraan Al-Fadhil Ustaz Al Hami pada 13 Ogos 2012 di Bertam. Semoga beliau akan terus berbakti demi memartabatkan Islam...Jasamu dikenang.

Last Updated on Thursday, 16 August 2012 10:02

 

Nadwah kepemimpinan Islam (NKISM)

User Rating: / 3
PoorBest 

Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah Menengah (NKISM) peringkat negeri telah dijalankan pada 16 - 19 Julai 2012 bertempat di Kem PLKN White Resort, Balik Pulau. Hampir 240 orang peserta lelaki dan perempuan yang terdiri daripada 24 buah sekolah telah terlibat dalam program ini yang dikendalikan oleh fasilitator yang telah dilantik. Terdapat pelbagai aktiviti yang sangat berfaedah dan menarik telah dilaksanakan sepanjang program ini. Dalam program ini, para peserta telah didedahkan dengan ilmu, kemahiran dan gaya kepimpinan Islam yang mampu menguruskan keperluan cabaran serta tekanan terhadap persekitaran semasa berlandaskan kepimpinan Rasulullah s.a.w. Pada hari ketiga, para peserta telah dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk aktiviti Kembara Daie.Setiap kumpulan telah melaksanakan kembara daie di tiga lokasi yang berbeza iaitu Bukit Bendera, Feri Pulau Pinang dan Komtar. Program ini sangat memberi kesan positif dalam diri para pelajar terhadap peranan kepemimpinan pelajar dalam menghayati Transformasi Pendidikan Negara.

Last Updated on Thursday, 09 August 2012 14:01

 

Mesyuarat Jawatankuasa (LO) NKISSM Peringkat Kebangasaan Tahun 2012

User Rating: / 3
PoorBest 

Mesyuarat Jawatankuasa (LO) Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah-Sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan (NKISSM) telah diadakan pada 16 Ogos 2012, jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JPNPP dan dipengerusikan oleh Ustaz Azmi Bin Abdul Hamid. Jawatankuasa yang dilantik terdiri daripada beberapa orang pegawai SPI JPN dan juga beberapa orang guru yang terdiri dari pentadbir sekolah. Kerjasama semua amat dihargai bagi melancarkan program ini.

Last Updated on Monday, 27 August 2012 17:45

 

Majlis Berbuka Puasa Bersama TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Dengan Pelajar Asrama Dan Pelajar Pendidikan Khas Tahun 2012

User Rating: / 1
PoorBest 

Majlis berbuka puasa ini akan diadakan pada 14 Ogos 2012 bertempat di Asrama SMKA Al-Mashoor (L). Majlis ini akan dimulakan dengan persembahan Marhaban pada jam 5.30 petang diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran oleh 100 pelajar dari beberapa buah sekolah berasrama di Daerah Barat Daya dan Timur Laut. Majlis berbuka puasa ini diserikan dengan kehadiran TYT Tun Dato' Seri Utama (DR.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato'Seri Utama Hajah Majimor Binti Shariff. Tuan Haji Ahmad Tarmizi bin Kamaruddin, Pengarah Pelajaran JPN akan memberi ucapan alu-aluan dalam majlis tersebut. Majlis ini akan diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada pelajar diikuti dengan bacaan tahlil, jamuan berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah.

Last Updated on Thursday, 09 August 2012 17:14

 

Mesyuarat Post Mortem e-Laporan j-QAF Jun 2012

User Rating: / 1
PoorBest 

Mesyuarat ini akan diadakan pada 13 Ogos 2012, pada jam 2.00 petang,  bertempat di Bilik Seminar PPD Utara yang melibat hanya 43 buah sekolah program j-QAF. Penolong Kanan Pentabiran dan Penyelaras j-QAF dijemput menghadiri mesyuarat tersebut (Surat telah diedarkan). Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Azmi Bin Abdul Hamid.

Last Updated on Thursday, 09 August 2012 14:17

 

Page 8 of 17

Galeri Foto

Info Hadis

Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim

Daftar Masuk

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday83
mod_vvisit_counterYesterday75
mod_vvisit_counterThis week873
mod_vvisit_counterLast week1263
mod_vvisit_counterThis month4599
mod_vvisit_counterLast month4504
mod_vvisit_counterAll days76998

Online (20 minutes ago): 1
IP Anda : 54.234.67.55
,
Today: May 25, 2013

Firman Allah :

Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, "Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya jualah kita kembali". Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk.

(Surah Al-Baqarah 2: 155-157)