In order to view this page you need Flash Player 9+ support!
Sukacita dimaklumkan bahawa SPI akan mengadakan Imtihan Tamkinul Lughah Peringkat Negeri Pulau Pinang. Program ini akan diadakan pada 15 Mei 2013, jam 2.00 hingga 5.00 petang. Program ini akan dilaksanakan serentak di dua lokasi iaitu di SMA Ahmadiah Al-Ijtimaiah, Bukit Mertajam (Peserta dari Utara, Timur Laut dan Barat Daya) dan Bilik Seminar, PPD Selatan (peserta dari Tengah dan Selatan). Peserta yang terlibat dalam program ini terdiri daripada semua guru yang mengajar Bahasa Arab termasuk yang beropsyen Bahasa Arab tetapi tidak mengajar Bahasa Arab. Surat jemputan bersama senarai nama peserta telah dihantar ke sekolah. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Yusof Bin Yaacob ditalian 0125444781. Kerjasama semua amat dihargai bagi menjayakan program ini.
Last Updated on Friday, 10 May 2013 13:07
Perhatian kepada semua Pentadbir Sekolah Menengah,
Sukacita dimaklumkan bahawa SPI akan mengadakan Program Peningkatan Profesionalisme untuk semua guru Pendidikan Islam sekolah menengah mengikut daerah. Sehubungan itu, program untuk Daerah Utara dan Barat Daya akan diadakan pada 14 Mei 2013 pada jam 1.00 petang hingga 5.00 petang. Lokasi program bagi Daerah Utara ialah di SK Pokok Sena dan Daerah Barat Daya di Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau. Program ini akan melibatkan semua guru Pendidikan Islam di setiap sekolah kecuali Guru Kelas Kemahiran Al-Quran (GKQ) dan guru yang mengajar sesi petang. Senarai guru akan dilampirkan bersama dalam surat. Sekiranya terdapat keciciran nama guru, sila maklumkan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Yusoff Bin Bahari ditalian 0164655916. Kerjasama semua amat dihargai bagi menjayakan program ini.
Last Updated on Friday, 10 May 2013 11:49
Bengkel Bina Bahan Kem Bina Juara (KBJ) bagi tahun 2013 akan diadakan pada 10 Mei 2013, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di BTPN, Pokok Sena yang melibatkan 25 orang guru. KBJ Peringkat Negeri Tahun 2013 akan diadakan di Pusat Sukan Air, Telok Kumbar pada 19 hingga 22 Jun 2013. Tujuan pelaksanaan bengkel ini diadakan untuk membina bahan KBJ yang meliputi bidang Tarannum, Bahasa Arab dan Khat. Surat jemputan untuk peserta bengkel telah diedarkan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Azmi Bin Abdul Hamid, ditalian 0194786980.
Last Updated on Wednesday, 08 May 2013 23:39
Latihan Pusat MTQSS Peringkat Negeri Tahun 2013 akan diadakan pada 9 Mei hingga 11 Mei 2013 bertempat di BTPN, Pokok Sena. Para peserta ini terdiri daripada para pelajar yang telah berjaya dalam MTQSS Peringkat Negeri yang lalu. Para peserta akan dilatih oleh jurulatih yang berpengalaman. Semoga usaha yang dijalankan akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang dalam MTQSS Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 yang akan diadakan di SMKA Kuala Lumpur pada 24 Mei hingga 27 Mei 2013. Komitmen semua dalam menjayakan akttiviti ini amat dihargai.
Last Updated on Wednesday, 08 May 2013 09:53
Sukacita dimaklumkan bahawa BPI telah menyediakan Soalan PKSR Bahasa Arab dan Jawi bagi Semester 1 Tahun 2013. Pihak sekolah diminta untuk melaksanakan ujian tersebut mengikut takwim seperti berikut :
Kertas Soalan PKSR Semester 1 tahun 2013 adalah seperti berikut boleh dimuat turun di sini.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Yusof Bin Yaacob, PP Bahasa Arab di talian 04 652 1061.
Sekian, terima kasih.
Last Updated on Friday, 03 May 2013 14:38
SPI akan mengadakan Kursus Pemantapan Profesionalisme Guru Cemerlang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab pada 7 Mei 2013, mulai jam 8.00am hingga 5.00pm bertempat di BTPN, Pokok Sena, Pulau Pinang. Kursus ini diadakan untuk meningkatkan tahap profesionalisme Guru Cemerlang serta pengkongsian ilmu untuk membantu pencapaian Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di sekolah. Semua Guru Cemerlang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sekolah rendah dan menengah dijemput hadir dan sila bawa bersama 'laptop' dan wayar penyambung. Semoga kursus ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Kamal Azmi Bin Zainol @ Sulaiman (0195717646) atau Ustaz Azhari Bin Ahmad (0195608554). sekian, terima kasih.
Last Updated on Thursday, 02 May 2013 10:58
Program Peningkatan Tahsin Al-Quran untuk guru-guru Pendidikan Islam akan diadakan pada bulan Jun Tahun 2013. Sehubungan itu, mesyuarat penyelarasan program akan diadakan pada 9 Mei 2013, jam 2.00 petang bingga 5.00 petang di Bilik Gerakan, JPNPP. Ahli mesyuarat ini terdiri daripada JU Al-Quran dari Sekolah Rendah dan Menengah bersama pegawai UPPI dan PPD (Pendidikan Islam Menengah). Program ini bertujuan untuk meningkatkan dan memantapkan kemahiran Al-Quran guru-guru. Semoga perancangan yang akan dilaksanakan akan memberikan impak positif pada para guru.
Last Updated on Wednesday, 08 May 2013 10:09
SPI akan menganjurkan Kursus Pengkaedahan Iqra' Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah bagi tahun 2013 pada bulan Jun. Sehubungan itu, mesyuarat penyelarasan kursus tersebut akan diadakan pada 8 Mei 2013, jam 2.00pm hingga 5.00pm di Bilik Mesyuarat JPNPP (Cawangan) d/a SK Hashim Awang. Semua pegawai UPPI dan Penyelia PPD (Pendidikan Islam Sekolah Rendah) dijemput hadir. Semoga segala usaha yang dijalankan akan memudahkan urusan pelaksanaan kursus.
Last Updated on Tuesday, 07 May 2013 16:01
SPI sedang mengadakan Kajian Pelaksanaan Model Khatam Al-Quran Dan Tasmik yang dijalankan di sekolah-sekolah. Sehubungan itu, salah seorang guru sama ada guru j-QAF atau guru Pendidikan Islam di setiap Sekolah Kebangsaan diminta mengisi dan melengkapkan borang kajian tersebut secara atas talian melalui laman web http://tiny.cc/selidikjqaf selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 Mei 2013. Kerjasama semua guru dalam melaksanakan kajian ini amat dihargai. Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Azhari Bin Ahmad (0195608554) atau Ustaz Azmi Bin Abdul Hamid (0194786980). Sekian, terima kasih.
Last Updated on Thursday, 02 May 2013 15:53
Page 2 of 17
Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim
Firman Allah :
Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, "Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya jualah kita kembali". Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk.
(Surah Al-Baqarah 2: 155-157)