Taklimat ini telah diadakan pada 13 April 2012, 8.00 pagi hingga 12.15 tengah hari di Bilik Mesyuarat SK Alma.Taklimat ini diadakan khas untuk semua pegawai di Sektor Pendidikan Islam dan PPD supaya mendapat maklumat yang jelas berkaitan KSSR dan PBS. Taklimat KSSR Pendidikan Islam/Bahasa Arab disampaikan oleh Ustazah Nor Ashikin Binti Ibrahim, JU KSSR Pulau Pinang. Taklimat PBS Pendidikan Islam/Bahasa Arab pula disampaikan oleh Ustazah Nor Shifa Binti Saad, JU PBS Kebangsaan. Semua peserta taklimat juga telah dibawa melawat Bilik KSSR SK Alma. Syabas dan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya melaksanakan KSSR dan PBS dengan berkesan di peringkat sekolah.
Last Updated on Friday, 13 April 2012 18:14


