UtamaSekolahSMKASMKA (P) AL-MASHOOR

SMKA(P) Al Mashoor

SMKA(P) AL-MASHOOR


SMKA(P) AL-MASHOOR merupakan sekolah yang berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, ditubuhkan pada 1916 oleh segelintir ulama dan pejuang kemerdekaan dan agama Islam suatu ketika dahulu. Al-Mashoor merupakan nama tokoh ulama keturunan Yaman Habib al-Mashoor bersama-sama Syeikh Syed al-Hadi yang berusaha memperkembangkan ilmu-ilmu agama di kalangan anak-anak penduduk Pulau Pinang awal 1920-an. Tahun 1984, Kementerian telah mengambil alih pentadbiran dan pengurusan sekolah demi memantapkan sistem sekolah serta memperkembangkan sistem Pendidikan Agama ke arah yang lebih Dinamik dan Pro-aktif. Moga-moga matlamat sekolah iaitu 'KE ARAH KECEMERLANGAN ILMU DAN KESEMPURNAA AKHLAK' menjadi kenyataan yang berkekalan.

 


 

PETA LOKASI DAN ALAMAT

SMKA(P) AlMashoor beralamat  di Medan Lim Cheng Theik,  Jalan Burma, George town. Tel: 04-2274363   Fak: 04 2299363 Email; This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Web: www.smkapm.bpi.edu.my dan www.ap.edu.my

 

 


 

LOGO SEKOLAH

Lencana sekolah menitikberatkan tema “Beriman Dan Berilmu”. Simbol-simbol yang terkandung dalam lencana ini adalah berdasarkan tema ini. 1. Simbol buku : mempunyai isi pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Jika kita berusaha belajar, kita akan memperolehi kejayaan. 2. Simbol obor : cahaya yang menggambarkan masa depan yang cerahJuga menunjukkan kegigihan pelajar menghadapi cabaran. 3. Pohon padi : semakin besar, semakin berisi dan berguna Yakni semakin banyak pengetahuan yang diperolehi, semakin cerah masa depan. Kejayaan masa depan kita semua adalah seperti proses pertumbuhan padi yang bermula dengan proses menyemai benih padi hinggalah kepada proses menghasilkan beras. Bermakna kita mesti tekun menghadapi rintangan dengan hati yang tabah jika kita ingin mencapai kejayaan. 4. Bulan sabit & bintang : lambang agama Islam 5. 1916 : tahun sekolah ini mula ditubuhkan sebagai sekolah agama. 6. Warna : Kuning – Warna DiRaja; lambang kemuliaan Merah – bersemangat waja Putih – motif niat yang suci Hijau – warna keislaman.

 


 

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Agama (P) Al Mashoor mula diasaskan atas kesedaran segolongan bangsa Arab di Pulau Pinang yang bimbang akan anak-anak yang kurang mendapat didikan agama. Pada tahun 1916 bersamaan tahun 1335H, suatu mesyuarat telah diadakan khusus mengenai penubuhan sebuah sekolah agama. Dengan usaha gigih dan semangat kerjasama semua pihak maka tertubuhlah sebuah sekolah agama yang dikenali dengan nama Madrasah Al-Quran di Lebuh Acheen (Masjid Melayu Pulau Pinang) dengan guru pertamanya Al-Syed Abdul Rahman Alhabshee dan guru besar pertamanya Al-Syed Al-Shaikh Al-Hadi. Madrasah ini terus mendapat sokongan yang menggalakkan dan pada tahun 1918 telah berpindah ke kawasan yang lebih besar di Kampung Jawa Lama, dengan nama Madrasah Al Mashoor Al-Islamiah sempena nama Tuan HAbib Al Mashoor, seorang penghulu yang terkenal di Pulau Pinang pada masa itu.

Pada tahun 1920, Madrasah ini telah berpindah ke Lebuh Tek Soon di mana tapak sekolah adalah kepunyaan tuan Haji Bachik. Pada masa ini perkembangan sekolah berlaku dengan pesat sekali dan yuran sebanyak RM2 dikenakan kepada setiap pelajar. Semasa pemerintahan Jepun, Madrasah Al Mashoor telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan dan dibuka kembali pada tahun 1945 setelah setelah British kembali ke Tanah Melayu. Usaha-usaha berterusan dijalankan untuk mendirikan bangunan baru bagi sekolah dan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pada tahun 1957, sempena kunjungan YTM Tunku Abdul Rahman ke Madrasah Al Mashoor, beliau telah berjanji akan mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua buah sekolah .

Sebuah jawatankuasa binaan telah ditubuhkan dan mereka telah bekerja keras untuk penubuhan sekolah baru. Waris-waris Almarhum Tuan K.M.S Sultan Alaudin mewakafkan sekeping tanah dan rumah di Jalan Lunas bagi tapak sekolah perempuan. Pada tahun 1979 Kementerian Pelajaran telah mengambil alih Madrasah Al Mashoor lelaki dan perempuan dan telah mendirikan sebuah bangunan baru di Jalan Air Itam untuk pelajar lelaki. Selepas tiga tahun kerajaan mengambil alih SMKA (P) Al Mashoor, ada cadangan untuk membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama yang telah uzur dan tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Sementara menanti bangunan baru siap, pelajar-pelajar telah menumpang di SMKA (L) Al Mashoor dari tahun 1982 hingga tahun 1984. Pada bulan Oktober 1984 para pelajar perempuan mula berpindah ke bangunan baru dan tersergamlah bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Al Mashoor di Medan Lim Cheng Teik, Pulau Pinang.

 


 

VISI SEKOLAH

SMKA(P) AlMashoor menjadi sekolah gemilang di Pulau Pinang menjelang tahun 2015.

MISI

Memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar SMKA(P) AlMashoor berteraskan pengurusan yang telus demi melahirkan insan gemilang dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum dengan komitmen komuniti bagi memenuhi aspirasi negara.

MOTO

Beriman, Berilmu & Beramal

SLOGAN

Ke arah kecemerlangan ilmu dan kesempurnaan akhlak

 


 

ORGANISASI SEKOLAH

Barisan Pentadbir Sekolah: Berdiri dari kiri: Ustaz Adnan Yaakob ( GK Kemanusiaan) , Ustazah Zainuryati Zakaria (GK Pendidikan Islam), Puan Norenjah Bt Abd Rahman (GK Vokasional Teknik), En. Mohamed Mohainuddin Md Haniffa (GK Bahasa)

Duduk dari kiri: Puan Mazanah Yusoff (PK KOKurikulum), Cik Khairana Zain (PK Pentadbiran), Puan Solehah Bt Awang (Pengetua),

Puan Che Maznah Jaafar (PK HEM), Puan Maizatul Aniza Abd Mulok (PK Tingkatan Enam)

 

Barisan Staf Akademik sekolah

 


 

CARTA ORGANISASI

 

 

 


 

FIZIKAL SMKA(P) ALMASHOOR

Perkara

Unit

Lokasi
Medan Lim Cheng Teik 10250 Jalan Burmah Pulau Pinang .
Luas
0.75 hektar

Bilangan kelas

20

Bil. Pelajar:

530 (2012)

Bil Staff (Guru)

49 orang

Bil. Staff sokongan

11 orang

Bil. Blok Bangunan

3 blok

Bil. Bilik Darjah

20 buah

Bil Bengkel KH

2 bilik

Bil. Makmal Sains

4 bilik

Perpustakaan

1 bilik

Unit Media

1 unit

Makmal ICT

2 bilik

Bilik Literasi

1 bilik

Bilik Unit Peperiksaan

1 buah

Bilik Buku Teks

1 buah

Kantin

1 buah

Dewan

1 buah

Surau

1 buah

Gelanggang

1 buah

Koperasi

1 unit

Asrama

2 blok

 


 

PENCAPAIAN AKADEMIK DAN KOKURIKULUM

PENCAPAIAN SEKOLAH

 

ANTARA PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG SEKOLAH YANG MEMENUHI RUANGAN AKHBAR DAN TV TEMPATAN

Aida Naquiah: Pelajar Terbaik SPM 2008

 

Dinah Hanani Bt Jamal dalam siaran Selamat Pagi Malaysia. Pelajar Terbaik PMR Kebangsaan kategori 9A.

 

Nur Hazeerah Bt Hashim: Pelajar Terbaik Pulau Pinang SPM 2009

Saidah Nafisah Mohd Firdaus: Pelajar Terbaik STPM Negeri kategori aliran agama

 

Firman Allah :

Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, "Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya jualah kita kembali". Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk.

(Surah Al-Baqarah 2: 155-157)