UtamaSekolahSMKASMKA NIBONG TEBAL

SMKA Nibong Tebal

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal
Jalan Permatang Tok Mahat
14300 Nibong Tebal
Seberang Perai Selatan
Pulau Pinang
No Tel  : 05-7172403
No Fax : 05-717


VISI
SMKA NIBONG TEBAL PENJANA KHAIRA UMMAH

MISI
MENCAPAI KEGEMILANGAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM, BERBUDAYA ILMU DAN BERAKHLAK MULIA


PENERAJU UTAMA

Puan Hajjah Habibah binti Haji Ramli – Pengetua

Tuan Haji Mahamad Aziz bin Abdullah – Penolong Kanan Pentadbiran

Tuan Haji Dzulfakhor Ali bin Mustafa – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Tuan Haji Mohd Nordin bin Awang – Penolong Kanan Kokurikulum

 

Enrolmen

LELAKI

PEREMPUAN

JUMLAH

Bilangan guru

18

43

61

Bilangan staf

6

13

19

Bilangan murid

254

377

631

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami guru-guru dan kakitangan SMK Agama Nibong Tebal, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan sepenuh daya dan usaha kami untuk memastikan:

A.  Murid

1. Semua murid baru didaftarkan dan belajar pada hari pertama persekolahan.

2. Semua murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan sepanjang tahun.

3. Semua murid yang layak akan menerima pinjaman buku teks dalam minggu pertama persekolahan.

4. Keadaan dan iklim sekolah yang kondusif dan sesuai untuk aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran kendiri.

B.   Guru dan Kakitangan

1. Guru memperolehi jadual waktu mengajar pada hari pertama persekolahan

2. Semua guru memperolehi kelengkapan bahan-bahan pengajaran yang mencukupi dan dalam keadaan baik.

3. Iklim sekolah sesuai dengan proses P & P yang aktif dan cemerlang.

4. Bilik guru dan pejabat am dalam keadaan selesa dan teratur, sesuai untuk urusan harian.

5. Hak-hak kakitangan dan keistimewaan yang sepatutnya diperolehi dapat dinikmati dengan sepenuhnya.

6. Maklumat yang diterima dari pihak luar akan dihebahkan dalam selewat-lewatnya dalam tempoh dua hari kepada semua pihak yang berkenaan.

C.   Ibu bapa dan Komuniti

1. Perkhidmatan dan layanan yang mesra dan adil diterima oleh mereka.

2. Segala maklum balas dan penilaian membina ke arah perkhidmatan cemerlang diterima dengan baik.

3. Segala maklumat mengenai murid, sekolah dan isu-isu pendidikan semasa disampaikan kepada ibu bapa dalam tempoh lima hari.

4. Bermuafakat dan berinteraksi sepanjang masa dengan masyarakat setempat/ibu bapa ke arah melahirkan budaya kerjasama demi manfaat bersama.

D.  ’Stakeholder’

1. Bersedia menerima maklum balas daripada KPM, JPN dan PPD ke arah kecemerlangan sebagai institusi pendidikan yang unggul di Daerah Seberang Perai Selatan.

2. Berjanji melahirkan warga yang berdisiplin, kreatif dan mempunyai budi pekerti yang tinggi seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3. Bersedia bekerjasama dengan mana-mana jabatan kerajaan bagi merealisasikan wawasan negara.

 


 

 

 

Firman Allah :

Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, "Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya jualah kita kembali". Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk.

(Surah Al-Baqarah 2: 155-157)