
Nama Sekolah : SMKA Al-Mashoor (L)
Alamat : 10460 Jalan Air Itam, Pulau Pinang
Laman Web : www.smkalmashoor.bpi.edu.my
E-Mail :
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Sejarah Sekolah
Sek. Men. Keb. Agama Al-Mashoor Lelaki mula diasaskan atas kesedaran segolongan bangsa Arab di Pulau Pinang. Pada tahun 1916 bersamaan 16 Muharram 1335H, tertubuhlah sebuah sekolah agama yang dikenali dengan nama Madrasah Al-Quran, di Lebuh Acheh (Masjid Melayu Pulau Pinang). Antara nama yang turut menyumbang kepada penubuhan Madrasah ini termasuklah Tuan Syed Mahzar Aidid, Al-Syed Omar Al-Sagoff, Al-Sheikh Hassan Al-Baghdadi, Al-Sheikh Ali Bawazir dan Al-Sheikh Al-Haji Zakaria. Guru pertama yang mengajar di Madrasah ini ialah Al-Syed Abdul Rahman Alhabshee, manakala guru besar pertamanya ialah Al-Syed Al-Shaikh Al-Hadi. Madrasah ini terus mendapat sambutan yang menggalakkan dan pada tahun 1918 madrasah ini telah berpindah ke kawasan yang lebih besar di Kampong Jawa Lama, dengan nama Madrasah Al-Mashoor Al-Islamiah, sempena nama Tuan Habil Al-Mashoor, seorang penghulu yang terkenal di Pulau Pinang pada masa itu.
Pengetua pertama ialah Tuan Al-Syed Al-Shaikh Al-Hadi. Pada tahun 1920 Madrasah ini telah berpindah ke Lebuh Tek Soon, rumah dan tapak sekolah adalah kepunyaan Tuan Haji Bachik (seorang hartawan dari Melaka). Pada masa itu, perkembangan sekolah tersebut berlaku dengan begitu pesat dan yuran sebanyak RM2 dikenakan kepada setiap murid. Mata pelajaran yang ditambah ialah Ulum Al-Syariah dan Bahasa Inggeris. Tuan Al-Syed Al-Shaikh Al-Hadi kemudiannya digantikan olehTuan Al-Allamah Al-Shaikh Abdullah Al-Maghribi, seorang ulamak yang pernah mengajar dan menjadi imam di Masjidil Haram Makkah. Pada tahun 1934 iaitu semasa pentadbiran Tuan Shaikh Abbas Bakar Al-Rafiee, barulah bahagian puteri disusun. Pelajar perempuan ditempatkan di bangunan lama dan pelajar lelaki di bangunan baru. Kemudian, pelajar-pelajar perempuan berpindah ke rumah kediaman Tuan Shaikh Abbas di Jalan Macalister.
Semasa pemerintahan Jepun pada tahun 1941, Madrasah Al-Mashoor telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan dan dibuka kembali pada tahun 1945 setelah British kembali ke Tanah Melayu. Usaha-usaha untuk mendirikan bangunan baru bagi sekolah dan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan terus dijalankan. Tabung derma bangunan sekolah telah menerima derma ikhlas daripada Al-Amir Faisal, yang ketika itu menjadi Tengku Mahkota Saudi Arabia sebanyak RM10,000 dan RM1,000 daripada Duta Sudan serta derma daripada orang ramai. Pada tahun 1957, sempena kunjungan Y.T.M. Tengku Abdul Rahman ke Madrasah Al-Mashoor, beliau berjanji akan membantu mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua buah sekolah. Jawatankuasa Binaan terdiri daripada Tuan Syed Abdullah Al-Sagoff (Pengerusi), Tuan K.S. Mohd. Ismail Alaudin, Tuan Syed Omar Al-Mashoor, Tuan Haji Yusuf Rawa, Tuan Dr. Haji S.M.Baboo, Tuan K.S.N. Baharuddin, Tuan Haji Hassan Badjunid dan Tuan M.N. Sathar.
Pada akhir tahun 1978, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil alih bangunan sekolah lelaki di 41-A, Lebuh Tek Soon untuk pembinaan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). Kerajaan telah menggantikan tapak di Lebuh Tek Soon dengan sebidang tanah di Jalan Air Itam seluas 2.8 ekar. Pada masa itu terdapat bantuan bulanan dari Rabitah Al-Alam Al-Islamiah Arab Saudi (The World Muslim League). Mulai 1 Januari 1979, Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Agama telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini secara rasmi dan nama sekolah ditukar kepada SMKA Al-Mashoor Lelaki dan SMKA Al-Mashoor Perempuan yang ditadbir secara berasingan. Sebuah bangunan baru telah didirikan di Jalan Air Itam untuk pelajar-pelajar lelaki. Sementara menunggu bangunan baru itu siap, pelajar-pelajar lelaki telah menumpang di Sekolah Men.Abdullah Munshi sehingga akhir tahun 1981. SMKA Al-Mashoor (L) terus berkembang dengan jumlah pelajar yang semakin bertambah dari setahun ke setahun. Bilangan bilik darjah yang terhad tidak mampu menampung permintaan yang tinggi. Akhirnya pada tahun 1997, SMKA AL-Mashoor (L) telah mendapat bangunan baru yang dahulunya merupakan Sek. Men. Keb. Haji Zainul Abidin. Bangunan lama dijadikan asrama dan mampu memuatkan sehingga 400 orang penghuni. Kawasan sekolah baru yang lebih luas ini mempunyai 4 blok bangunan sekolah (3 blok bangunan dua tingkat dan 1 blok bangunan tiga tingkat), kantin. Bangunan sekolah pula menempatkan pejabat, bilik guru, bilik gerakan, 4 pusat sumber, 2 bilik tayangan, 6 makmal sains, 4 bengkel Kemahiran Hidup, 25 bilik darjah dan lain-lain.
Kini, bilangan pelajar SMKA Al-Mashoor (L) adalah sebanyak 532 orang. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 343 orang tinggal di asrama. Sebanyak 67 orang kakitangan berkhidmat di sini yang terdiri daripada 54 orang guru (23 orang guru lelaki dan 31 orang guru perempuan) dan 13 orang kakitangan bukan guru.
Pengetua SMKA Al-Mashoor (L) sekarang iaitu En. Sirajuddin B. Hj. Hamid merupakan pengetua yang ke-12. Pentadbiran dan pengurusan yang cekap di samping komitmen daripada guru-guru dan pelajar-pelajar menyebabkan SMKA Al-Mashoor (L) tidak putus-putus mencipta kejayaan dan kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
Senarai Nama Guru
| 1 | En. Sirajuddin bin Haji Hamid |
| 2 | En. Ridza bin Hussin |
| 3 | En. Mohamad Rafie Bin Yaakob |
| 4 | En. Dul Fatthah Mydin Bin Monna Mohamed |
| 5 | Pn. Suria Zunita Bt. Nasrul |
| 6 | Pn. Zainon Bt. Othman |
| 7 | Pn. Ma'wan Rashidah Bt. Mohamed Ismail |
| 8 | Pn. Ruziah Bt. Salim |
| 9 | Pn. Ainur Rahmah Bt. Ellias |
| 10 | En. Amir Fauzi Bin Abdullah |
| 11 | En. Arman Bin Abd. Talid |
| 12 | Pn. Che Ku Fazidah Bt. Che Ku Ngah |
| 13 | Pn. Faezah Bt. Ahmad Ridzuan |
| 14 | Pn. Hamy Yusma Bt. Yom |
| 15 | Cik Ho Bin Hooi |
| 16 | En. Ibni Hajar Bin Abdul Wahab |
| 17 | En. Iswandy Bin Ishak |
| 18 | En. Khairul Nizam Bin Abu Bakar |
| 19 | En. Khushaimin bin Mohamed Razali |
| 20 | Pn. Maisarah bt Awang Embon |
| 21 | Pn. Mazlina Bt. Mohamad |
| 22 | En. Mohamad Saleh Bin Ab. Rahman |
| 23 | En. Mohamed Ayub Bin Ghose Mohamed |
| 24 | En. Mohamed Nasar Bin Ghose Mohamed |
| 25 | En. Mohammad Mustakhim Bin Sahak |
| 26 | En. Mohd Abdullah Bin Ramli |
| 27 | En. Mohd Najib Bin Hassan |
| 28 | En. Mohd Razak Bin Kamaldin |
| 29 | En. Mohd Suhardi Bin Mat Jusoh |
| 30 | En. Mohd Syahir Bin Yusop |
| 31 | En. Muhd. Nizam Bin Muhd Khilmi |
| 32 | En. Muhammad Sabri Bin Abdul Hamid |
| 33 | EN. Mohd Norferzly Bin Mohamed |
| 34 | Pn. Munawaroh Bt. Md Noon |
| 35 | Pn. Nathira Beevi Bt. Samsudeen |
| 36 | Pn. Norhafizah Bt. Abdul Razak |
| 37 | Pn. Nor Aziana Bt. Mohd Rejab |
| 38 | Pn. Nor Jalina Bt. Jaafar |
| 39 | Pn. Nur Hafizah Bt. Md. Azni |
| 40 | Pn. Norhaniza Bt Yong @ Mohamad |
| 41 | Cik Norhayati Bt. Muda |
| 42 | Cik Noor Wazeena Bt. Saidu |
| 43 | En. Radzi Bin Hashim |
| 44 | Cik Rehana Bt. Mohamed Mydin |
| 45 | Pn. Rohana Bt. Awang |
| 46 | Pn. Sarina Bt. Osman |
| 47 | Pn. Siow Mei Shan |
| 48 | En. Sri Ram a/l Bilangwaty |
| 49 | Pn. Syuhrah Solehah Bt Jaafar |
| 50 | En. Wan Mohamad Zulkifli Bin Wan Husin |
| 51 | Pn. Wan Zaimas Bt. Wan Ibrahim |
| 52 | En. Mohamad Shahrin Bin Baharudin (GG) |
| 53 | Cik Sahariza Bt. Baharudin (GG) |
| 54 | Cik Nurul Asilah Bt. Mohd Sultan |
Senarai Nama Kakitangan Sokongan
| 1 | Pn. Norliza Binti Omar | Ketua Pembantu Tadbir | N26 |
| 2 | En. Khalil Bin Abdl Majid | Pembantu Tadbir | N17 |
| 3 | Pn. Sabrina Binti Ismail | Pembantu Tadbir | N17 |
| 4 | Pn. Zainab Bte Hashim | Pembantu Am Pejabat | N4 |
| 5 | Pn. Azzizah Beevi Bt. Koya | Pembantu Am Pejabat | N4 |
| 6 | En. Md. Johari Bin Mohamed Dahalan | Pembantu Am Pejabat | N1 |
| 7 | Pn. Jurida Bte Ismail | Pembantu Makmal | C17 |
| 8 | En. Mohd Syafiq bin Abd. Latib | Pembantu Makmal | C17 |
| 9 | Pn. Zara Bee bt Samsudin | Pembantu Makmal | C17 |
| 10 | En. Mohd Suhaimi bin Yahya | Pembantu Makmal | C17 |
| 11 | Pn. Norhaliza bt Harun | Pembantu Makmal | C17 |
| 12 | En. Abdullah Bin Azmi | Penyelia Asrama | N17 |
| 13 | En. Mohd. Noor Bin Ariffin | Penyelia Asrama | N17 |
| 14 | En. Bahari Bin Yahaya | Pemandu | R3 |
| 15 | En. Mazli bin Mohamad | Pemandu | R3 |
| 16 | En. Mohamad Izuwaun Bin Abu Bakar | Juruteknik Komputer | FT17 |


