Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2012M/1433H dengan tema “ Al Quran Menjana Transformasi Ummah ”.
Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Pindaan Peraturan Festival Nasyid mulai 2012, Sukatan PNP Lirik Lagu Kedua dan cadangan Takwim Pelaksanaan.
Maklumat lanjut berkaitan dengan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dimuat turun di portal bahagian ini di www.bpi.edu.my melalui menu >> Muaturun >> PDSI >> Festival Nasyid atau klik [ Festival Nasyid ]
Perhatian dan kerjasama Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan, amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
TAKWIM FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH (FNSS)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KE- 8
TAHUN 2012M / 1433H
|
BIL |
PERINGKAT |
TARIKH |
TINDAKAN |
|
1 |
FNSS PERINGKAT SEKOLAH |
MAC |
GURU BESAR/ PENGETUA |
|
2 |
FNSS PERINGKAT DAERAH / ZON / PPB |
MAC/APRIL |
PPD/PPB |
|
3 |
FNSS PERINGKAT NEGERI |
APRIL/MEI |
JPN |
|
4 |
FNSS PERINGKAT KEBANGSAAN |
25 - 28JUN |
BPI / JPN KELANTAN DARUL NAIM
|
Last Updated on Friday, 06 April 2012 16:02


