UtamaPengenalanPiagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Kami warga Sektor Pendidikan Islam di bawah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menggembleng seluruh tenaga dan komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti melalui usaha-usaha berikut :

  • Memaklumkan dasar-dasar baru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab atau perubahan kepada dasar-dasar sedia ada kepada semua institusi pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia dan agensi-agensi yang berkaitan dalam tempoh 14 hari setelah dasar diluluskan
  • Mendaftarkan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan selepas tiga puluh (30) hari Memorandum Persefahaman ditandatangani
  • Menyebarluaskan hasil penyelidikan pembangunan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab kepada pihak yang berkaitan dalam tempoh sembilan puluh (90) hari selepas penyelidikan disempurnakan
  • Menyalurkan bantuan perolehan ke Institusi Pendidikan Agama Kementerian Pelajaran Malaysia dalam tempoh tidak melebihi sembilan puluh (90) hari selepas permohonan diluluskan
  • Menyampaikan bantuan ke Sekolah Agama Rakyat yang melaksanakan Kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain dalam tempoh tidak melebihi sembilan puluh (90) hari selepas  permohonan diterima
  • Melaksanakan program dakwah dan pengembangan syiar Islam kepada warga Kementerian Pelajaran Malaysia mengikut takwim aktiviti tahunan yang telah di selaraskan

 

OBJEKTIF KAMI

 

  • meningkatkan kualiti Bahasa Arab yang berkesan untuk membolehkan murid berkomunikasi dengan baik dan mendalami pelbagai sumber ilmu
  • meningkatkan kualiti Pendidikan Islam yang berkesan untuk melahirkan murid yang berilmu, beriman, beramal dan berakhlak mulia bagi membangunkan masyarakat dan negara
  • meningkatkan kualiti pengurusan penempatan dan pertukaran pegawai perkhidmatan pendidikan Pengajian Islam dengan cekap dan strategik supaya perkhidmatannya dapat menyumbang ke arah keberkesanan Pendidikan Islam
  • meningkat kemahiran dan keterampilan guru Pendidikan Islam dan guru Bahasa Arab secara beterusan dalam pelbagai bidang supaya pengajaran dan pembelajarannya sentiasa menarik dan berkesan
  • meningkatkan perkhidmatan sistem maklumat Pendidikan Islam yang telus dan tepat untuk mengetahui tahap prestasi pencapaian program dan pembinaan perancangan yang lebih berkesan
  • meningkatkan hubungan dan kerjasama antara SPI dengan masyarakat, jabatan dan agensi dalam dan luar negeri secara permuafakatan supaya semua program dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, cepat dan berkesan bertepatan dengan slogan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang "Pendidikan Pulau Pinang Di Persada Antarabangsa"

  • meningkatkan kualiti dan prestasi kecemerlangan Institusi Pendidikan Agama (IPA) JPN sebagai model sistem pendidikan kebangsaan untuk mrlahirkan murid yang berkeupayaan mengamalkan cara hidup yang berteraskan Islam di dalam pembangunan diri, masyarakat dan negara

  • meningkatkan kualiti dan kecemerlangan IPA JPN bagi membolehkannya berperanan membentuk dan melahirkan modal insan yang cemerlang dan mampu mengamalkan cara hidup yang berteraskan Islam dalam kehidupan

  • meningkatkan kualiti dakwah, penghayatan Islam dan nilai-nilai murni secara berhikmah dalam kalangan pegawai, guru, kakitangan pendidikan dan murid untuk membantu keberkesanan Pendidikan Islam

  • mengukuhkan seni budaya Islam dalam kalangan seluruh warga pendidikan serta meningkatkan program kawalan akidah dan pemikiran Islam

 

 

Galeri Foto

Info Hadis

Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim

Daftar Masuk

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday116
mod_vvisit_counterYesterday146
mod_vvisit_counterThis week707
mod_vvisit_counterLast week1263
mod_vvisit_counterThis month4433
mod_vvisit_counterLast month4504
mod_vvisit_counterAll days76832

Online (20 minutes ago): 3
IP Anda : 50.17.109.248
,
Today: May 23, 2013

Firman Allah :

Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, "Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya jualah kita kembali". Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk.

(Surah Al-Baqarah 2: 155-157)